As mentioned before, I had my appointment with Dr. Marsita yesterday. Dapat kebenaran pulang awal (jam 3) untuk ke klinik... Hehhehe....
This time, Dr. Marsita wants to measure the"nuchal translucency" of my baby. Berdebar jugak... Tapi, dalam hati sentiasa berdoa agar semuanya okay dan selamat...Alhamdulillah, the NT (nuchal translucency) measurement was 1.5mm.. Dr. Marsita kata, below 3 mm is normal... Syukur yang teramat..."Ya Allah,semoga Engkau melindungi kandunganku sehingga saat aku melahirkannya nanti..."
Hmmm.. @ 13 weeks, baby Mama dah besar lagi... Tangan & kaki pun dah makin panjang... Jari2 pun dah jelas kelihatan...Tapi, kamu asyik tutup muka je... Maluuuu, ya? Hehehhehehe...=)
Alhamdulillah, brain dia pun semuanya normal... Doc. pun puji... semuanya nampak cantik... Alhamdulillah.... Happy sangat tengok dia bergerak2.. Susah jugak Doc. nak capture gambar yang paling jelas untuk measure NT tadi... Doc. pun kata, "baby awak nie aktif..."... Hehehhehe...=)
Apa yang buat kami tergelak, bila aku saja tanya kat Doc., "Dr, dah boleh tau gender ke?"... Doc., kata "Bolehhhh... kita tengok ya... Tp, rasa2 mcm tutttttttt..." (rahsia dulu lahhh ya?)
Tergelak laaa kami berdua... Seperti yang aku jangka & selalu dok cakap kat En. Hubby... (cewahhh...macam tukang tilik plak).... =)
Tapi, tak mahu berharap sangat.. Sebab, Doc. pun kata... Untuk confirmkan, nanti kita tengok bila dah besar lagi... Hehheheheh.....=)
Apa yang penting, semuanya baik je... Harap2, aku akan lebih kuat lagi mengharungi "this journey" bersama 'si dia' untuk hari2 yang mendatang....Another 187 days to go...=)
Lama dah sebenarnya nak tulis entry nie.. Tapi, asyik tak berkesempatan je...=( Lepas cuti raya yang lama hari tu (10 hari di Johor), on the 5 September 2011, me and En. Hubby ada appointment dengan Dr. Marsita...
Actually, kami memang tak sabar2 nak jumpa Dr. Marsita.. Maklumlah, nak tau perkembangan 'si dia'...
Lagipun, sangat excited sebab nak tengok rupa 'si dia' @ 10 weeks..
And... guess what?? Perubahan yang sangat ketara... Dah besar dah.. Hehehe... Nie gambar 4D yang Dr. Marsita capture:
Time nie dia tengah tutup muka... Maluuuuu kot... Hehehehe...=) Tangan dengan kaki masih lagi comel...
Tapi, apa yang buat kami lebih excited bila tengok 'si dia' dah melambai2 tangan kat papa and mama dia...=)
Serius, tak sangka dah boleh tengok pergerakan dia @ 10 weeks..
Here is the video... Tapi, pening siket, sebab terbalik2 gambar yang awal... cameraman masih lagi di peringkat amatur... Hehehhe....
Rasanya Dr. Marsita lebih excited dari kami.. Hehhee..Siap buat dialog untuk baby lagi... Dia kata "Mummy... How are you... I'm fine!!!" Hehehee.... =)
Alhamdulillah.... Syukur pada Allah... Atas segala pemberianNya kepada kami...Moga segalanya dipermudahkan.. InsyaAllah...
Next appointment is on the 26 October 2011... At 13 weeks, Dr. Marsita nak check for the"nuchal translucency". Pemeriksaan untuk detect if there is any abnormalities in a fetus..Hopefully, everything will be fine!!
One of my favorite food is "Sambal Goreng"!!! You know what? Mesti laaaa sebab ia sangat sedap..Lebih2 lagi kalau kentangnya lebih... Hehehhe... (Giler kentang lah katakan..). Sambal goreng nie rasanya berasal dari Jawa.. Dan memandangkan aku memang ada darah Jawa, jadi aku tergolong juga dalam golongan si penchenta sambal goreng... Heeeee....
Dan sekarang, aku menghitung hari untuk makan Sambal Goreng hasil tangan mak... Terliur dah nie time tulis entry nie...Nak makan banyak2 time raya nanti....Mak punya sambal goreng memang terbaek!!!! Kalau mak buat, mesti aku akan request untuk lebihkan kentang..=)
Bagi yang tak kenal sambal goreng, haaa... nie lah dia.. Hasil ihsan Mr. Google..=)
Mahu berkongsi berita gembira yang satu nie... Tahniah buat sahabat sehidup semati aku yang sorang nie, Eka..=) She's finally delivered a healthy and cute baby boy last Saturday, 20th August 2011 (20th Ramadhan 1432) at 5.25 pm.. Alhamdulillah.... =)
Tengoklah wajah comel Falah Iman... =) Time nie masih merah lagi... Hiii.... Masa nie aku masih lagi di Perlis, balik hujung minggu...
Ahad, lepas berbuka.. terus bergegas ke Bandar Seri Putra... Walaupun agak letih, aku gagahkan juga demi anak buah aku yang sorang nie... =)
Lama bangat rasanya enggak update, ya? Masih ingat tak entry sebelum nie? =) Kenapa ya, aku begitu happy??? Hmmm.. coz I'm pregnant again!!! For the 3rd time, actually.. =)24 July 2011 was the day when my pregnancy test turns positive.. Hanya Allah je yang tau betapa gembiranya hati aku... Syukur yang tak terhingga pada Allah yang telah mengurniakan kami HADIAH yang begitu bernilai, yang kami nanti2kan setelah 2 kali aku miscarriage sebelum nie.. =( Rasa macam tak percaya.. =) Alamdulillah... Thanks to Allah!!! I'm 4-weeks preggy that time!! And this entry is just for my record.. =)
Walaupun happy, tipu kalau aku kata yang aku tak risau.. Rasanya perasaan risau lebih tebal lagi... Ye lah, 2 kali keguguran, buat aku rasa tak tenang.. Takut.. Risau.. semuanya bercampur-baur... Tak tahu apa yang perlu aku buat untuk pastikan semuanya selamat hendaknya...
Waktu itu, nak bagitau mak pun rasa segan.. Ye lah... Dengan pengalaman sebelum nie, takut juga kalau masa nie terlalu awal untuk bagitau... Tapi, berita gembira nie, rasa tak bermakna kalau tak dikongsi dengan orang-orang yang kita paling sayang, kan? Terutamanya, mak..=) Lagipun, pada aku, doa mak bukankah lebih makbul? Jadi, mak perlu tahu!!! Begitu juga ngan adik-beradik aku yang lain.. En. hubby kata, "Takpe laa.. at least kite inform family je dulu, k?"...
Dan lepas 2 hari, aku khabarkan juga berita gembira gembira nie pada 2 of my besties, Lala and Nadia!! mahu share dengan diorang plus mahu dapatkan info2 @ petua2 yang patut aku buat... Lala pun skarang tgh sarat..=) Nadia, will be the next.. InsyaAllah..=)
Juga pada 3 sahabat sejati aku: Eka, Sap and Naimah... Semuanya gembira yang amat... Mereka selalu doakan aku.. Seriously, aku sangat2 terharu .... Aku bertuah punyai mereka semua dalam hidup aku... Thanks, kalian...=)
Dari Lala, banyak juga laaa info tentang apa yang tak patut aku makan...And guess what?? Most of the food are my favorites!!!! Whaaaaaaa.... Tapi, aku gagahkan juga... Paksa and tahan diri dari semua yang ada dalam list tuh...
Hmmm.. minggu2 awal, aku sering terasa sakit di bahagian atas ari2... sakitnya tak lah terlalu kuat, macam rasa kalau dua tiga hari lagi kita nak period... Awalnya biasa saja, tapi bila dah masuk 3, 4 hari, En. Hubby ajak aku ke klinik.. Risau juga katanya...
Maka kami ke klinik biasa berhampiran dengan rumah... Doctor yang periksa aku kata, kami perlu dapatkan advice dari specialist.. Memandangkan dengan history yang aku ada... Lagipun, klinik biasa tak lengkap dengan ubat yang mungkin aku perlukan seperti duphaston, etc...
Mulanya, kami mahu ke PPUM... Tp, bila aku ingat pengalaman sebelum ini, aku buat keputusan untuk jumpa dengan Dr. Marsita Mansor, a gynecologist that was recommended by my officemate. Maka, aku telah buat satu appointment pada hari Sabtu di KPJ Selangor, Shah Alam.
Sabtu itu, pagi-pagi lagi (9.30 am) aku sudah sampai di KPJ Selangor. Tapi, Dr. Marsita ada satu kes that she needs to attend (operation). Maka, dijangka jam 11.00 nanti baru dia available to treat other patients. Aku keluar dulu uruskan hal-hal lain, dan kembali semula pada jam 11.00..
Bila dapat berjumpa dengan Dr. Marsita, aku ceritakan segalanya.. Segala history yang aku ada... Dan apa yang ada dalam fikiran aku sekarang.. Risaukan kandungan ini.. Dr. Marsita kata' "Jom, kita tengok apa ceritanya nie.." Sambil bawa aku untuk scan kandungan.. And here is the result:
@ 5 weeks
Dr. Marsita kata: "Haaaa... cantik dahhh nie...Nie namanya, confirmation by scan.." Gembira hati aku bila tau semuanya normal. Nothing abnormal.. Tapi, Dr. Marsita kata, I need a lot of support... And she have many things to give me... =)
Untuk step pertama, dia bagi aku duphaston.. 2 biji sehari aku perlu makan.. Aku tanya, "Ini untuk kuatkan rahinm ke, doc?". Katanya, bukan untuk kuatkan rahim, untuk bagi womb akulebih stable...
Then, aku tanya dia: "Is it normal if I feel discomfort here?".. Sambil tunjuk di bahagian ari-ari aku...
Sebab, kalau kat office pun, kalau aku banyak gerak, aku akan rasa sakit.. Then, aku kene rest kejap, pastu rasa sakit tu hilang...
Dr. Marsita terus buat muka risau.. Dia kata, dia bagi aku MC 2 minggu.."2 weeks????" Terbeliak biji mata aku... Bukan happy, tapi aku risau.. takkan lama sangat aku tinggalkan office..Dan kronik sangat kah aku? Dr. Marsita kata, dia bukan saja2 bagi aku MC lama... Dia kata, aku perlukan rehat.. And the most important thing, she said that I need to accept that I'm fragile... =(
Tapi, agaknya bila tengok muka aku yang risau cuti lama sangat, dia kata: "Okay.. takpe2, doc. bagi kamu rest 5 hari, then next week kita jumpa untuk tengok heartbeat dia.. Kalau doc. rasa perlu tambah cuti kamu, doc. akan tambah lagi, okeh??"..
Lega aku dengar.. Tapi, 5 hari still lama juga aku rasa... En. hubby paksa juga aku cuti.. Die merayu lagii.. "Pleaseeee... tolong lah.. rehat je laaa... and, duduk rumah tu, jangan nak ngade2 buat keje umah plak.. die tu bukan boleh dok diam.." katanya. Aku perlu akur... Dan demi sayangkan kandungan yang satu ini... =)
5 hari... Boring juga duduk rumah sorang2... Tak banyak yang aku boleh buat... sebab, 2 hari pertama tu, kalau aku berjalan dalam rumah tu pun, akan rasa sakit... Maka aku betul2 rest untuk 2 hari pertama... Hari ketiga, aku demam pulak...
Setiap hari, tak sabar rasanya untuk tunggu hari Sabtu.. Excited juga nak tengok heartbeat 'si dia'..=) Sabtu itu, kami bukan ke KPJ Selangor, tapi ke klinik Dr. Marsita di Gombak.. Klinik Pakar Sakit Puan Medina...
Ramai juga orang... Percaya atau tidak, hampir 4 jam kami menunggu... But, I tell you what... It was worth waiting... Dr. Marsita is the best gynecologist I've ever met!!!
Bila masuk, after tanye kabar aku, terus kami scan untuk tengok heartbeat dia..
@ 6 weeks
Perubahan yang sangat2 ketara, kan?Alhamdullah.... Walaupun masih kecil (0.26 cm), hati kami amat2 happy bila dengar doc kata: "See... That's the heartbeat... You should appreciate this.. ". =) Kalau tengok kat screen tu, ade satu point putih yang tengah blinking2... Heeee.... Alhamdulillah... Syukur yang amat....
Paling terharu, bila Dr. Marsita suruh aku pegang tangan dia dan sama2 ikut dia bace satu doa'... Seriusly, aku rasa nak menangis pun ada time tu... Thanks, Dr. Marsita.. Sebab sama2 turut doakan aku and baby..=)
Kali ini, lebih banyak supplement yang aku dapat. Aspirin.. to make sure the blood circulation flows well.. And also Calcium... Thanks, doc... Also a BIG thanks to Allah... =) Alhamdulillah...
Satu lagi, aku tak dibenarkan naik flight... Pada awalnya, aku and En. Hubby plan untuk naik flight balik raya nanti... Mujurlah kami tak beli tiket lagi... Sebab Dr. Marsita kata I need to think and consider the pressure during take off and landing time... Mungkin akan ada effect..So, better don't.. Coz she has a number of cases... Ada yang macam aku, baru je ade heartbeat, tapi lepas tu, dia naik flight balik ke Indonesia... Lepas, tue, bila next check up, heartbeat dah takde... Risau juga aku dengar...
Maka, kami akan balik dengan kereta juga nampaknya... Apa pun, dua hari lagi aku akan jumpa Dr. Marsita lagi... Dia kata, dia nak confirmkan aku boleh balik raya ke tak... Hahhahaa...=)
Apa2 pun, aku nak ucapkan thanks yang tak terhingga pada semua yang mendoakan kami... Mak, Abah, adik2, kawan2.. semua laahh.... Berkat doa' kalian, moga kali ini, ada rezeki kami....
"Ya Allah... Semoga Engkau beri perlindungan kepada kandungan aku sehingga selamat aku melahirkannya nanti... Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu, zuriat yang soleh... Aminnnn.."
Lagi seminggu, genap setahun aku berkecimpung dalam perniagaan shawl nie... (based on the first entry di blog Fabulouz Shawl)... =) Seriously, tak sangka yang aku sudah punyai satu perniagaan sendiri... Walaupun masih baru dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari, hati ini sangat puas bila buat sesuatu yang amat-amat diminati dan diimpikan, jadi kenyataan...
Hampir setahun, bermacam-macam pengalaman telah aku tempuh... Dan yang pastinya bersama En. Hubby (selaku rakan kongsi)... Ada yang manis, dan ade juga yang pahit... Tapi, tak kira manis atau pahit, semua itu mengajar aku untuk lebih kuat lagi... =)
Banyak lagi yang nak dikongsikan tentang DIA di sini.. Tapi, memandangkan masa yang terhad, mungkin akan diceritakan dalam entry yang lain nanti...
Actually...Sangat takde idea nak celebrate macam mana... Kesian kat En. Hubby... Sorry for make you feel bad for almost 1 day!!!
Hanya ucapan "Happy Birthday" jam 12 tgh malam.. =( Sedih sbb ade beberapa rancangan yang tak dapat nak buat (atas sebab2 tertentu).. Tak mengapalah, simpan untuk tahun depan.. =)
Petang itu, lepas pulang dari pejabat, bergegas ke kedai kek untuk dapatkan ini:
Dan, tunggu En. Hubby pulang dari menajar ngaji.. ** Tunggu dalam gelap di bilik belakang ** (Dalam hati dah tau, En. Hubby takkan surprise pun!!! Haha...)
Wajah En. Hubby yang "tak surprise" ngan kejutan nie.. Kene panggil kejutan ke, tak terkejut pun sebenarnya... Hahahhaa....
Dari awal dah tahu, bini dia menyorok kat bilik belakang!!! Hahahaaa... =)
Apa yang happy: En. Hubby makan kek tu hampir separuh, walaupun tengah sakit gigi..=)
"Kalau tak sakit nie, mahu habis!" ~ En. Hubby
Malam itu, kami ke
"Fullhouse"
di Ara Damansara
Aku yang cari restaurant nie... Walaupun tak tau kat mana...
Seperti biasa, En. Hubby yang akan berusaha untuk menelaah peta yang aku bagi... =)
It's a Lifestyle Store and Cafe!!!
Apa yang menarik ya?
The interior design of the cafe:
Menu istimewa malam itu:
Dan... Sesi penyampaian hadiah...=)
"Ape nie????" ~En. Hubby (cuba meneka)
Bukalah, baru tahu!! =)
:: Reaksi dari En. Hubby :: Muka marah, sebab beri hadiah itu!!!
En. Hubby betul2 tak sangka... Dan lama jugalah dia 'marah'...
"Happy Birthday, awak!!!" Bukan apa, cuma mahu buat awak happy...~ Sorry, sebab saya tak pandai buat surprise macam awak... =(
Happy ke tak, nie?? =)
~ Happy birthday, again..and again... May Allah bless you..and me...=) Love u so much.. =) ~
** Wajah2 kami yang sudah meningkat tua... Eh silap, remaja purba!!! **