Home Fabulouz Shawl Fabulouz Kids My Facebook Album

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun ~ Subhan'Allah!!!

Sedih bila melihat video dan gambar2 tragedi tsunami yang melanda Jepun... Setiap kali berlakunya bencana alam terutamanya tsunami, perkara pertama terdetik dalam hati ini "Betapa besarnya kuasa Allah.. Allahu Akbar!!! Subhan'Allah...." Tak terbayang betapa dahsyatnya hari kiamat nanti... Moga kita semua tergolong dalam golongan yang dilindung-Nya.. Insya Allah....



Peringatan untuk kita~

Sunday, March 6, 2011

♥ Segalanya Mudah Di Anjung Streamyx!!!! ♥


Assalamualaikum, semua... =)

Pernah dengar tak tentang Anjung Streamyx?






Mungkin ramai yang tak tahu, Anjung Streamyx menyediakan perkhidmatan pendaftaran talian internet secara online. Jadinya, anda boleh mendaftar talian internet dengan percuma tanpa perlu bersusah-payah; hanya dengan beberapa click sahaja. Mudah kan? =)

Pelbagai pilihan broadband untuk anda pilih. Streamyx? Unifi VIP dan BIZ? Celcom Bradband? Katakan saja... Semuanya ada di sini..=) Dapatkannya sekarang!!!

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan serta promosi hebat yang sedang Anjung Streamyx tawarkan, sila layari laman sesawang mereka di sini: http://www.anjungstreamyx.com/


Satu lagi yang menarik adalah contest yang sedang mereka anjurkan...


Jom sertai contest ini beramai-ramai.. Hadiah yang ditawarkan, menarik, kan? Saya sudah sertai, anda bila lagi? Cepat, sertainya di sini: http://bit.ly/contestanjungstreamyx

"Ayam berkokok di waktu pagi,
Disusuli dengan terbit mentari,
Buat apa pening lagi?,
Dengan Anjung Streamyx, semuanya di hujung jari." 

Friday, March 4, 2011

♥ Thank u, Nuffnang!!! ♥


Ahaaa.. Just wanna share..
My first cash out from Nuffnang!!!!
Alhamdulillah... Thanks to Allah.. =) 


Berapa tuh? RM 52.25...
Cantik kn, nombornya? Mungkin ramai yang gelak... Banyak tu je ke?
Hiii.... Tak dinafikan, ramai di luar sana yang dah berjaya 
gain monthly income yang jauh lebih banyak dari amount di atas...

Bukan mahu menunjuk-nunjuk.. Cuma ingin kongsi dengan semua,
yang kita boleh jana pendapatan dengan mudah... melalui Nuffnang..

Walaupun jumlahnya kecil, tapi sangat2 teruja dan happy...
Asalnya hanya suka2, tak sangka, ia betul2 boleh membuahkan hasil... =)

Mungkin, bagi aku yang berpendapatan sederhana ini, 
ia merupakan salah satu cara yang baik untuk menambah pendapatan;
untuk survive dalam kehidupan kota yang sememangnya memerlukan
kos sara hidup yang tinggi...

My first cash out membuatkan aku lebih bersemangat...
Mahu ajak semua untuk sama-sama jana income melalui Nuffnang...

Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah, kan? =)

Monday, February 28, 2011

♥ Our 1st Anniversary ♥


Toing!!! Toing!!!
Lambatnya baru nk update???
Masa terlalu cemburukan saya!!!!
Kire backdated laaa nih!!!!

Ya.. 30 Januari 2011!!!
Our 1st Anniversary!!! Yeay!!!!

Alhamdulillah, setahun telah berjaya kami harungi bersama...
Susah senang, suka dan duka...
Betul2 mengajar kami erti kehidupan...
Pengalaman demi pengalaman kami tempuh...
Saling menyokong antara satu sama lain!!!

Thanks, sayang... For always being there for me...
through the good time and bad!!! 

Yaaa... setahun.. macam2 telah kami pelajari...
Dan rasanya perkara yang paling penting adalah toleransi...
Amat2 bersyukur sebab En. Hubby adalah seorang yang sangat penyabar 
dan sangat2 bertoleransi... 


Serius, rasanya aku tak seperti dirinya yang terlalu sabar...
Melayan kerenah aku yang kadang kala macam anak kecil!!!
Huuuu....~

Paling buat aku jatuh chenta bila En. Hubby telah dan sentiasa
menunaikan janjinya yang satu itu..
Janjinya sebelum kami berkahwin..
Sampai sekarang, dia tetap begitu...
Tetap menyayangi diri aku...


Dan semakin hari, semakin aku percaya dan dapat merasakan 
yang En. Hubby sangat2 sayangkan aku..=)
Alhamdulillah... Thanks to Allah.. 

Setahun bersama, banyak perkara yang kami belajar bersama...
Paling terharu bila En. Hubby telah banyak belajar untuk 
bantu buat kerja rumah itu dan ini...
Nampak saja duduk berdua, tapi, jika seorang je yang buat semuanya, 
pasti letih dan menghilangkan mood, kan?

Selalunya, pabila hujung minggu, pagi2 lagi kami akan ke pasar tani (my favorite)!!!
Mencari2 bahan untuk dimasak sebagai santapan kami berdua!!

 Seronok bila hujung minggu, kami akan bahagi2kan tugas...
Aku akan menyapu seluruh rumah, En. Hubby pula akan bantu untuk "mop" lantai...
Hiii... Since, toilet pun ada dua, 
maka seorang akan ambil satu!! Adil, kan? =)

Terasa sangat happy bila dua2 bertungkus lumus mengemas rumah dan akhirnya keletihan... Tapi, tugas memasak tetap dipegang oleh aku..=)
Jadi, bila dua2 sudah kelaparan, 
pastinya santapan yang dah tersedia dinikmati dengan penuh nikmat..=)

Kalau nak cerita, memang takkan habis di sini...

Jadinya, berbalik kepada celebration untuk anniversary kami yang pertama,
destinasi kami adalah Bukit Tinggi...


Kenapa ya? Hmm.. Tak tau laa...
xde idea sebenarnya mau ke mana...
Jadi, apa yang terlintas sajalah...

Jadi, kami terjah saja...
Asalnya, kami booked "Superior Room"..

 Source from:Colmar Tropicale

Paling kami tak sangka bila check in, 
mereka kata "Bilik Superior tiada yang dah kosong masa itu"...
Jadinya, mereka kata bilik kami di"auto upgrade" kepada
"One Bedroom Suite"!!!!!

 
Terperanjat + gembira...Huhuuuu... 
Mungkin inilah yang dikatakan rezeki...
Mungkin juga hadiah bagi kami berdua..
Alhamdulillah....=)



Lepas check-in, kami keluar semula untuk menjelajah tempat-tempat menarik di sana...






Di sekitar Colmar Tropicale...







Seterusnya kami menjelajah ke Japanese Village & Botanical Garden...






@ Japanese Village




En. Hubby seronok bagi ikan makan..=)





@ Botanical Garden



Petang itu, hujan agak lebat....
Jadi, kami terus pulang ke hotel untuk lunch dulu....
Heee.. Perut~Perut~Berbunyi!!!~


This is mine:


And... En. Hubby's:


Yummm..yum..... =)

Lepas kenyang, kami balik bilik untuk rehat sekejap,

memandangkan hujan masih tak berhenti..=)

Petang itu, kami sambung lagi penjelajahan...
(walaupun, xde ape sangat pun sebenarnya.. Heee...~)


Tik..tok...tik..tok...


Mane lagi nak pergi ni???




Yaaa... 
Berjaya Hills Horse Trails



Ada apa ya di sana?? =)




Jom naik kuda... =)
Mahal jugak sebenarnya... RM 25/person.. 
For only 10 minutes...
Tapi, disebabkan memang dah xde aktiviti lain, maka kami naik juga...


Lepas tu, kami terus ke
Animal Park
yang dulunya dikenali sebagai
Rabbit Park


Rabbit2 semua kesejukan... Al-maklumlah, lepas hujan...
Hmmm, actually masih lagi renyai2 time tu.. =)


Antara penghuni2 lain di Animal Park tu.. 






Petang tu, x tau nak buat ape dah.. Hehehehe...
Nak jalan2 pn, dah habis semua kami jelajah...


Jadi, tunggu saja malam..=)




Menikmati pemandangan indah Colmar Tropicale di waktu malam...



Satu yang agak menarik bila ada
"Pertunjukan Api"
oleh dua orang yang nampak gagah
dengan pelbagai aksi2 ngeri mereka..=)


 


Heee... Panjang betul rasenye cite..=)
"For me, Bukit Tinggi is a not recommended destination laaa kot...
Apa yang gembira, dapat berduaan dengan En. Hubby... 
Tapi, untuk ke sana buat kali kedua, maybe 'it's a NO'.. Haahhahahaa...~"

Cukup untuk kali ini..=)