Jom sambung lagi cerita Honeymoon @ Phuket!!~
Aktiviti untuk hari kedua::
♥ Island Tour :: Khai Nok & Khai Nui Island ♥
Haaa... ini dia aktiviti untuk hari itu...
Itinerary: |
Source: Phuket Power Tour Pakej untuk satu hari ini: THB 1600/pax Lebih kurang RM160 laaa seorang... Mulanya agak teragak-agak untuk sertai... Bukan apa, rasa macam mahal pula... Tapi, bila memikirkan, bukan selalu kami hendak ke sana, jadi.. "it's a YES!!!"... Yuhoooo.... Special briefing by person in charge @ Port Island Hopper Bertolak ke Khai Nok Island.. Yehaaaa.... Selamat sampai!!!~ Apa yang menarik ya, di sana? "Khai Nok Island"... Pantai yang cantik... Pasir yang bersih.. Lots of beach chairs available.... Cantik, kan? Dan rasanya ini paling menarik... Small tropical fish yang berenang-renang hanya di tepian pantai... Meminta simpati para pengunjung untuk beri makanan pada mereka... Sangat menarik!!!~ Membuatkan En. Hubby tak mahu naik ke pantai... Seronok sangat laaa tu....~ Hiii....~ Seterusnya, kami bergerak ke "Khai Nui Island"... untuk aktiviti snorkeling.. Ada sesuatu berlaku di sewaktu kami di sana... What???? "KAMI LEMAS!!!!" Hahahhaaaa.... Macam mana boleh lemas nie? Hurmmm.... Kerana terlalu asyik menikmati keindahan coral... Tak perasan yang kami sudah terlalu jauh dari bot dan kumpulan kami... Arus pula agak bergelora... Huuuuhuu...~ Masa itu, memang terlintas dalam fikiraan... "Ini betul-betul, hidup mati bersama.." Haaaahaaa....~ Nasib semuanya selamat.. Alhamdulillah....=) Lewat petang, kami sampai di Hotel... Malamnya, hanya berjalan-jalan lagi... Dan kali ini, kami explore sendiri.. mencari night market di bandar Phuket... Dan semestinya, menaiki scooter kami!!~ ♥ Day 3: Pencarian The best "Tomyam" @ Phuket♥ Hari Ketiga.... We're going back to KL!!!!~ Pagi-pagi lagi, kami berjalan-jalan untuk kali terakhir di sekitar pekan Patong.. Last visit at Patong Beach... also last shopping at Patong area.. Then, going back to hotel for check out... Dan destinasi seterusnya: Bang Mud Seafood Restaurant Apa yang istimewanya di sana?? Sejak menjejakkan kaki di bumi Phuket, kami kerap bertanya pada orang tempatan, di manakah mahu dapatkan Tomyam paling sedap di sana?? (Tak sah kalau tak merasa tomyam Thai, kan?) Dan, jawapan dari mereka adalah sama... Bang Mud Seafood Restaurant Maka, inilah tempatnya!!! It's a floating restaurant... Dan untuk ke sana, perlu menaiki bot.. (disediakan oleh pihak Bang Mud Restaurant - free of charge). Just 3 minutes ride from Laem Hin Port to the Restaurant.. Since the restaurant is floating, maka terdapat juga kelong yang menempatkan pelbagai jenis ikan, udang dan banyak lagi... Jadi, sambil makan, boleh cuci-cuci mata... melihat hidupan laut yang ada di sana.. Antara menu yang menjadi santapan kami tengah hari itu... Memang sedap!! Sangat puas hati... Paling penting, it's halal.. =) Jom balik!!!~ Selamat tinggal, Phuket!!! ** Sedang berfikir-fikir destinasi terbaik untuk celebrate "our 1st Anniversary"!!!~ another 20 days!!!~ Hurmmmm.. Any ideas?? =) |
5 comments:
sabah!!! tak pun karam bunai!!!weee!!!
nak bulan madu gak!!!!*gatal*
Ye ker?? Karam Bunai?? Benua mane kah itu? Hiiihiii...~
belah sabah tu alin. ok gak. buat research eh..hehe
ohoo.. ok2... thanks 4 the suggestion.. tp, budget cm x cukop je nk g sabah!!~
Huu...~
alin.tomyam tu buat aku lapar..laut tu buat aku nak amik ct hr ni juga hahaha
Post a Comment