Friday, March 23, 2012

♥ Antenatal Class @ HKL [Backdated] ♥

This is another backdated entry..=)

On 23rd February, me and my hubby attended the antenatal class at Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kenapa HKL ya? Sebab kami bercadang untuk deliver "si dia" di sana... Asalnya, mahu lahirkan di Selangor.... (sebab banyak kelebihan jadi anak Selangor nie.. =) )..Tapi, memandangkan PPUM (hospital terdekat dengan rumah) tak membenarkan En. Hubby masuk, dan kebanyakan hospital lain jauh dari rumah, maka kami buat keputusan untuk deliver di HKL saja...

Kelas pagi itu bermula jam 8 pagi dan tamat jam 1 tengah hari. Jadi, pagi-pagi lagi kami sudah bergegas ke HKL... Sampai di sana, kami rupanya yang pertama.. Ingatkan kami terlewat...Sepatutnya, ada 9 pasangan yang akan join kelas pada hari itu.. Tapi, hanya 4 pasangan je yang datang.. =)


Macam-macam topik yang diajar di sana... Dari perihal ketika bayi berada dalam kandungan hinggalah kelahiran...


Paling seronok bila sesi belajar cara pernafasan ketika contraction semasa proses kelahiran.. Dan juga sesi senaman antenatal:



Antara tujuan senaman antenatal nie adalah:
  • Menguatkan otot-otot yang akan digunakan ketika proses kelahiran
  • Membantu mengawal tahap kesakitan
  • Mengurangkan bengkak terutama di bahagian kaki dan tangan
  • Mengurangkan sakit belakang dan kekejangan otot terutama di bahagian kaki
  • Memberi kesedaran mengenai postur yang betul
Dan, ilmu yang paling berguna sekali adalah tentang penyusuan ibu... Mengikut pakar, bayi hanya memerlukan susu ibu sahaja selama 6 bulan pertama... Means, tak payah nak tambah2 dengan makanan lain seperti nestum, pisang lenyek, air suam dll.. Dan teruskan penyusuan sehingga bayi berusia 2 tahun (beserta pengambilan makanan lain). Khasiat susu ibu? Tak perlu lah diterangkan rasanya kerana semua tahu, susu ibu tiada tandingannya...

** Berazam untuk susukan "my beloved child" untill he's getting 2 years old!!! **

Di akhir sesi, kami dibawa menjelajah ke wad dan labour room....Perasaan waktu itu?? Haruslah excited...Gambar di bawah nie adalah di mana aku akan bertarung untuk melahirkan "si dia" nanti... En. Hubby akan berada di sebelah kanan katil untuk bagi moral support kepada aku nanti... =) Berdebor plak rasanya!!!! Nurse tue siap pesan, "lepas nie, boleh laaa mimpi labor room nie tetiap hari, ye?"... Hiiii...~


Setelah tamat sesi di HKL, kami bercadang untuk berjumpa dengan Dr. Marsita pula... En. Hubby risau sebab HB aku selalu rendah... Dr. Marsita suggest supaya aku ambil suntikan untuk naikkan HB (iron). Dan, yang pastinya..tentulah kami scan sekali lagi (maybe for the last time) untuk tatap wajah 'si dia'...

@ 34 weeks-4 days.. Rasa2nya muka siapa ya? =)
Mama & Papa tak sabar nak jumpe kamu.. 
We're all prepared... Are you ready, sayang?? =)

3 comments:

N a d i a said...

wahhhhh.. bestnyaa!!


selamat berjuang di labour room nanti yah Alin!


Doakan yang terbaik buat kamu, Huss dan baby! ;)

Maithasa Syuhada said...

tertarik dgn blog ni...comel sgt2x

a L i N said...

Maithasa: Thanks, dear...=)

Post a Comment